PAKEJ HO CHI MINH & CHU CHI , Vietnam ( 4 H 3 M)


Hari Pertama  
Kuala Lumpur – Saigon (MM) 
Berlepas dari KLIA. Setelah tiba di Bandar Ho Chi Minh, pelancong akan dibawa ke hotel. Dalam perjalanan, pelancong akan diberi keterangan mengenai bandar Saigon atau kini dikenali sebagai Bandar Ho Chi Minh iaitu sebuah bandar yang berusia lebih 300 tahun. Seteleh check-in di hotel dan berehat seketika, para pelancong akan dibawa menikmati makan malam di restoran tempatan. 
Hari Kedua  
Terowong Chu Chi – Ben Thanh shopping (SP/MT/MM) 
Selepas sarapan pelancong akan dibawa terus menuju ke Terowong Chu Chi yang terletak 75 km dari Bandar Ho Chi Minh. Terowong tersebut sepanjang 210 km yang digunakan sebagai kubu semasa perang Vietnam dahulu. Pelancong boleh menimba pengalaman menembak menggunakan senjata api berpeluru hidup dengan bayaran tertentu. Setelah balik ke HCM city makan tengahari di restoran tempatan., Selepas itu ke War museum. Pelbagai gambar-gambar kekejaman kesan dari peperangan ditunjukkan disini. Sebelah petang membeli belah di Ben Than Market yang mempunyai pelbagai barang-barang perhiasan yang diperbuat dari emas hingga ke kayu-kayan.  

Hari Ketiga  
My Tho City – free shopping (SP/MT/MM) 
Selepas sarapan pagi, pelancong akan dibawa melawat ke My Tho City. Pelancong akan dibawa menaiki sampan panjang melalui denai-denai di Sungai Mekong dan melawat dusun buah-buahan.Pelancong akan dijamu dengan buah-buahan mengikut musim ketika itu. Minuman istimewa (teh dicampur madu) dihidangkan untuk menambah tenaga dan menghilang dahaga.Sambil itu alunan muzik tradisional dimainkan untuk memeriahkan suasana. Lawatan diteruskan dengan melawat ladang ternakan lebah di Ben Tre Province dan makanan berasaskan kelapa. Makan tengahari di Ho Chi Minh City. Pelancong akan dibawa singgah di Pejabat Pos Saigon yang mempunyai rekabentuk yang sangat unik berasaskan rekabentuk ala bangunan lama di Perancis. Sebelah petang membeli belah di Vi Anh Boutique. Selepas itu kembali membeli belah di Ben Thanh market. 

Hari Keempat  
Saigon – Kuala Lumpur (SP,MT) 
Selepas sarapan pagi, aturcara bebas. 
Makan tengahari dan bersiap untuk dibawa ke airport untuk perjalanan seterusnya.  

No comments:

Post a Comment